~Teratak Srikandi~

“To talk to Allah no breath is lost. To walk with Allah no strength is lost. To wait for Allah no time is lost. Always trust in Allah, you won’t get lost!”

Archive for August 24th, 2008


Nombor-nombor bertuah 8888..(khurafat?)

Dari 08-08-1980 ke 08-08-2008…(rujuk daripada www.afyan.com)

13 menjadi angka kegemaran Pak Lah apabila membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008, dan plat keretanya bernombor 13. Ternyata Pak Lah tersilap percaturan apabila Barisan Nasional mencipta rekod terburuk dalam sejarah Malaysia merdeka.

8 Mac setiap tahun bakal menjadi tarikh fobia bagi Semi Velue Samy Vellu apabila tewas di kerusi tradisinya pada hari ulangtahunnya yang ke 72. Setiap tahun pasti Samy Vellu akan menyambut hari lahirnya dengan wajah yang sugul mengenangkan tarikh ulangtahun kekalahannya.

8 Mac juga diharapkan sebagai tuah oleh Dato’ Sir Khir Toyo sebelum pilihan raya lalu, apabila mengaitkan angka tersebut dengan bulan kelahirannya iaitu bulan 8, tahun 2008 adalah tahun ke-8 beliau menjadi Menteri Besar Selangor, dan keluasan negeri Selangor adalah 8 ribu persegi dengan penduduk Selangor sebanyak 8 juta orang. Namun ternyata Khir Toyo tersilap ramalan.

8 Mac 2008 menjadi angka keramat dalam politik negara apabila BN dilanda tsunami apabila hampir tewas setelah gagal mempertahankan dua per tiga kerusi parlimennya.

1988 - “Anak awak banyak ong”

Sewaktu saya kecil dahulu, kami sekeluarga tinggal di sebuah taman perumahan yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Majoriti masih masyarakat Melayu – Islam. Kebetulan rumah kami terletak di antara rumah satu keluarga India, dan satu keluarga Cina. Di kiri kami rumah keluarga India dan di kanan kami rumah keluarga Cina.

Saya masih ingat lagi kata-kata ibu saya yang memetik kata jiran kami berbangsa Cina, Uncle Wong. Ketika itu pada hari ke-8, bulan 8, pada tahun 1988.

“Anak awak banyak ong maa….”, kata Uncle Wong dengan penuh pelat Cina. Dia tujukan kata-kata itu kepada saya yang ketika itu berusia 8 tahun, dan adik saya yang berusia 2 tahun. (Adik saya lahir pada tarikh sama tahun 1986)

Dalam usia sekecil 8 tahun itu, saya tidak sangat mengambil endah maksud “ong” yang dimaksudkan oleh Uncle Wong itu. Saya sendiri tidak pasti sejak bila saya tahu maksud “ong”.

Masyarakat Cina memang menanti-nanti tarikh 8-8-1988. Pada tarikh itu mereka mengadakan perayaan besar-besaran yang hampir-hampir menyamai kemeriahan sambutan tahun baru mereka.

Saya masih ingat lagi pada tahun sama, saya terbaca satu iklan di dalam sebuah akhbar tentang promosi yang diadakan oleh sebuah pasar raya, kalau tidak silap saya Yaohan (saya rasa ia sudah tidak wujud lagi sekarang), pada tarikh 8-8-1988 menjemput kepada sesiapa yang menyambut hari ulang tahun kelahiran pada tarikh tersebut ke pasar ra Mungkin yanya. Untuk kanak-kanak seusia saya, ada hadiah percuma untuk kami. Inilah agaknya “ong” yang dikatakan oleh Uncle Wong. Tapi, iklan tersebut saya baca selepas tarikh 8-8-1988. Nampaknya, saya tiada “ong”lah. (

1998 – Melangkah Ke Kampus Kehidupan

Ketika itu pada bulan Mei, 1998. Rakan-rakan yang tiba awal masing-masing sudah bersama slip keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) masing-masing. Ada yang gembira, tidak kurang juga yang bermuram durja. Saya tidak dapat menyembunyikan perasaan berdebar-debar saya sebaik sahaja sampai ke pintu pejabat. Suasana agak hiruk piruk dengan suara-suara manusia yang rata-rata teman kenalan sebaya saya, calon SPM 1997 SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu.

“Tahniah Afyan!”, tiba-tiba ada suara menegur saya.

Sebelum saya sendiri mengambil slip keputusan peperiksaan saya sendiri, kawan sekelas saya yang angka gilirannya berdekatan dengan angka giliran saya telah mengetahui keputusan SPM saya. Alhamdulillah, nama saya di antara “Top 10” SPM sekolah saya pada tahun tersebut…. Hilang segala debaran hati saya.

Tiba ke peringkat seterusnya, memilih universiti. Mungkin tahun tersebut tiada “ong” saya. Sasaran saya untuk menyambung pelajaran ke Jordan tidak kesampaian. Sekalipun keputusan saya sudah lebih daripada layak untuk menyambung pelajaran ke sana, namun ia tinggal mimpi apabila tahun tersebut Malaysia dilanda krisis ekonomi dan kementerian pelajaran terpaksa menghentikan penghantaran pelajar ke luar negara. Malah ada senior-senior saya yang terpaksa dihantar pulang ke Malaysia akibat krisis ini.

Mungkin ada hikmahnya, Julai 2008 saya mendaftarkan diri ke Pusat Matrikulasi UIAM yang terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur (sekarang dikenali sebagai Pusat Asasi di Petaling Jaya, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan), beberapa bulan sebelum tercetusnya reformasi.

Di sinilah kampus kehidupan saya bermula, dan di sinilah juga saya mengenali pasar raya Ong Tai Kim. Ini mungkin “ong” yang dimaksudkan dengan Uncle Wong 10 tahun sebelum itu. )

Kira-kira setahun selepas itu, pilihanraya umum ke-10 gelombang reformasi ini memberi kesan kepada politik negara apabila kerusi-kerusi parlimen pembangkang (Barisan Alternatif) bertambah dengan mendadak, tetapi gelombang ini tidaklah menjadi tsunami yang mampu menafikan 2/3 Barisan Nasional. Nampaknya BN tidak “ong” pada tahun tersebut.

5 tahun di kampus UIAM ini banyak mengajar saya erti kehidupan. Bilik kuliah, tutorial, assignment, test dan exam. Tidak lupa juga ilmu-ilmu street-smart; demonstrasi, mesyuarat, muzakarah, muqabalah, tamrin, usrah, dan persatuan. Mungkin inilah hikmahnya saya “terhalang” untuk ke Jordan. Banyak ilmu-ilmu street-smart yang saya pelajari. Jika tidak mungkin saya sekarang seorang ustaz. )

(Khabarnya, kampus kehidupan yang saya tinggalkan, telah berubah sekarang. Ia memilih untuk “menjadi kesamaan” berbanding “mencari kelainan”. Lihat di sini)

2008 – ?

Masyarakat Cina amat menggemari tuah di dalam nombor dan kadang-kadang ia disebut Feng Shui. Mungkin sebab itu jugalah China memilih 8 Ogos 2008 sebagai tarikh keramat sukan Olimpik tahun ini.

20 tahun yang lalu, 8 Ogos 1988 masyarakat Cina di Malaysia menyambut hari tersebut dengan begitu meriah seolah-olah menyambut tahun baru mereka. Namun pada tahun ini, 2008 nampaknya tiada apa-apa sambutan yang kelihatan meriah di sini. Mungkin angka 8 pada tahun 1988 lebih banyak berbanding angka 8 pada tahun 2008. Mungkin ini juga kesan kegawatan ekonomi yang melanda hari ini.

Malah mengikut cakap-cakap politik, situasi ekonomi yang tidak stabil ini bermula semenjak 2004 dan berlarutan sehingga 2008 menyebabkan masyarakat Cina beralih arah memenangkan Barisan Alternatif yang sekarang dikenali sebagai Pakatan Rakyat, dalam pilihanraya yang lalu.

Ternyata tahun 2008 mungkin tahun “ong” masyarakat Cina di tanah besar China, tetapi tidak “ong” di Malaysia. Juga tidak “ong” bagi Pak Lah, Samy Vellu dan Khir Toyo yang mengharap tuah pada tahun 2008 ini. Uncle Wong? Saya tidak pasti. Andai kata beliau membaca entri ini, sila hubungi saya. Saya ingin mempromosi takaful kepada beliau.

8-8-2008

YESTERDAY is history, TOMORROW is a mistery, TODAY is a gift, that’s why it’s called the Present! – Kungfu Panda

.

Sudah 5 tahun saya memilih haluan berbeza semenjak tamat belajar di kampus kehidupan pada 2003. Keputusan untuk memilih wakil takaful sebagai kerjaya sepenuh masa pada pertengahan 2007, menampakkan hasilnya pada tahun 2008 ini apabila pertama kali berjaya meletakkan diri di antara 50 wakil yang menghasilkan produksi tertinggi. Namun, permulaan yang baik bukanlah satu jaminan.

Saya memang “ong” apabila masih berada di dalam Iman dan Islam anugerah Allah. Tanpa kedua-dua nikmat ini mana mungkin saya mampu terus menerus hidup di muka bumi Allah ini yang “ong” ini. (Betulkah tatabahasa saya?)

2008 mengingatkan saya tentang mati yang pasti. Teringat pula akan satu bait “puisi” (jika boleh dikatakan puisi):-

Hidup ini merupakan suatu HAK,
Tetapi tempoh hidup kita BUKAN PILIHAN,

Ajal merupakan suatu KETENTUAN,
Tetapi bila ia tiba TIDAK DAPAT DITENTUKAN.

Rancanglah masa depan anda,
Masa depan anak-anak anda,
Dan masa depan keluarga anda…

…bukan kerana KITA AKAN PERGI,
Tetapi kerana KEHIDUPAN ORANG TERSAYANG MESTI DITERUSKAN selepas kita tiada…

Dari 08-08-80 ke 08-08-08 - Terima kasih tuhanku kerana memberiku nyawa.

2018, 2028, 2038 – Oh Tuhan, sempatkah aku?

PUISI BUAT SAHABAT-SAHABATKU..

(Dedikasi khas buat sahabat-sahabat yg banyak membantu menjayakan MPAT ke-47 baru-baru ni..Thanx!)

Persahabatan yang terjalin
Mempunyai pengertian terlalu suci
Jesteru usahlah
Dicemari sinaran kepalsuan

Sesungguhnya
Resepi untuk mengindahkan lagi persahabatan
Hiaskan dengan
Kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan hati

Sahabat..
Terima kasih kerana menghargai
Erti sebuah persahabatan suci
Menjaga hatiku penuh kejujuran
Dan keikhlasan hatimu

Doaku
Semoga antara kita akan menjadi
Insan bertakwa, beriman
Dan berilmu tinggi
Serta dapat melalui liku-liku kehidupan
Dengan kuntum senyum kebahagiaan

Harapanku agar perhubungan kita
Yang terjalin erat
Berkekalan dan tidak akan pudar
Buat selamanya…

Kenapa WANITA sangat istimewa??

Sebuah cerita pendek..why women are sooo special?

Mama dan Pa pa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah…."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap…

susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…check bubur untuk anak n ak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh…ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah… tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…

baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check…baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak..telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…

ternampak pulak beg g keje…emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…

Tetiba dengar suara papa…"..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."…."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu…adoi..gosok gigi…smayang…pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…

nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu…

bukak almari…emmm…pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang…

la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle..

dgr suara papa lagi…"..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik…owh…pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi….ok dah …

ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…

aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…pg kul 9.30 ade meeting..

ahh…boring…panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari mu tuhan…papa pun bangun tutup tv…"…i dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."…selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agak dah….

So?….apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu…


~~~all the husbands and husband-to-be out there, care enough for your wife.. they done soo much..