~Teratak Srikandi~

“To talk to Allah no breath is lost. To walk with Allah no strength is lost. To wait for Allah no time is lost. Always trust in Allah, you won’t get lost!”

Archive for August 28th, 2008


Harga baru minyak diumum 31 Ogos…apa lagi genda kerajaan ni??

KUALA LUMPUR, 20 Ogos - Kerajaan akan mengumumkan harga baru petrol dan diesel pada 31 Ogos ini, yang akan dikuatkuasa pada 1 Sept, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan di sini, hari ini.

Beliau berkata harga yang akan ditetapkan adalah berdasarkan harga purata petrol sepanjang bulan Ogos.

"Harga baru itu akan kita tolak 30 sen yang diberi subsidi yang kerajaan telah setuju. Sekarang ini kita sedang pantau harga minyak (di pasaran antarabangsa) dan saya harap ia akan turun lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sumber Air Negara ke-4 di bangunan Parlimen.

Abdullah berkata masih terlalu awal untuk membuat jangkaan berapa banyak harga petrol dan diesel akan diturunkan.

"Pada waktu ini agak awal sikit untuk membuat satu jangkaan tentang kemungkinan harga yang boleh kita tetapkan lagi. Hari ini baru 20 haribulan.

"Sepuluh hari lagi…harap jangan naik lagilah.

"Kalau nasib tidak baik nanti apa yang saya cakap semua tak betul, nanti orang kata Pak Lah bohong. Kita tengok dengan harapan kalau trend ke arah turun maka tentu sekali harga minyak akan kurang daripada yang dikenakan waktu ini.

"Kalau harga minyak di pasaran dunia turun maka kita akan turunkan tetapi jika melambung naik lebih daripada apa yang dibayar pada waktu ini, ianya tidak akan dijual lebih dari RM2.70 (seliter)," katanya.

p/s: Moga-moga perubahan harga ni dapat meringankan beban rakyat!