~Teratak Srikandi~

“To talk to Allah no breath is lost. To walk with Allah no strength is lost. To wait for Allah no time is lost. Always trust in Allah, you won’t get lost!”

Archive for October, 2008


Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan…

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,’Tuan Guru, sepanjang hidup
saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?’

Sang Guru menjawab sederhana, ‘Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.’ Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

 

(Artikel dipetik daripada Abg. Arifuddin b. Asmuni..TQ=) )

 

 

Jemputan : WACANA PEMIKIRAN PROF. DR. SAYYID MUHAMMAD IBN ‘ALAWI AL MALIKI AL HASANI

Wednesday, October 8, 2008 (http://helwa-abim.blogspot.com/)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Logo Yayasan Sofa Logo PKPIM

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN (YSNS)
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
Dengan segala hormatnya mempersilakan
YBhg. Prof./ Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Sdr.
Ke Program
WACANA PEMIKIRAN
PROF. DR. SAYYID MUHAMMAD IBN ‘ALAWI AL MALIKI AL HASANI
Tarikh / Masa
12 Oktober 2008 (Ahad) bersamaan 12 Syawal 1429 Hijrah
8:00 pagi – 1:00 petang
Tempat
Dewan Serbaguna,
Masjid Wilayah PersekutuanJalan Duta, Kuala Lumpur
Aturcara Program
8:00 pagi :Kehadiran dan pendaftaran para peserta
9:00 pagi :Ucapan Pengerusi Majlis ,Bacaan Doa dan Al-Quran & Ucapan Perasmian
9:20 pagi :Pembentangan 1:
Almarhum Prof. Dr. Sayyid Muhammad ‘Alawi al Maliki: Keperibadian, Sejarah Hidup & PerjuangannyaDato’ Syed Omar bin Syed Abdul Qadir al Aidarus
Habib Hassan al Attas

10:00 pagi :Alunan Qasidah dan Persembahan Multimedia
10: 15 pagi :Ucaptama oleh Sayyid Ahmad Ibn Sayyid Muhammad Ibn ‘Alawi al Maliki
12:00 t.hari :Rumusan Wacana oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki, Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan
12:40 t.hari :Majlis Pelancaran Buku
1:00 petang :Bacaan Maulid Daibaei
1:10 petang :Majlis bersurai dan Solat Zuhur
TERBUKA UNTUK UMUM…SILA WAR-WARKAN..

Maklumbalas kehadiran

Sila maklumkan kehadiran sebelum 10 Oktober 2008 melalui:-
Tel : 03-6188 0300 Faks : 03-6189 6700
e-mail :
sap@abim.org.my sms : 016 208 4300
u.p : En. Jufitri Joha @ En.Raimi (taip )

Maklumat lanjut sila layari http://www.abim.org.my

AL-FATIHAH..

Al-fatihah buat Allahyarham Zumratullah Zakaria..
Sedih dan pilu bila mendengar sahabat ini telah pergi menemui Tuhan Yang Maha Esa. Aku hanya mengenali beberapa semester yg lalu sewaktu kami sekelas EAP. Melalui perkhabaran dari rakan-rakan, dia seorang yang baik hati, agak pendiam, warak dan tak banyak karenah. Semoga dia ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman.
Kepada Aya dan keluarga Allahyarham, semoga Allah sentiasa bersama kalian. Tabahkan hati dan tingkatkan imanmu. Sesungguhnya Allah takkan menguji hambaNYA sia-sia, hanya DIA mengetahui dan mengatur segalanya. Semoga Allah memberi sedalam dan setinggi-tinggi kekuatan dan ketabahan buatmu.
Dan sesungguhnya, Allah lebih menyayanginya dari kita semua.
Beberapa gambar kenangan Allahyarham Zumratullah Zakaria..