~Teratak Srikandi~

“To talk to Allah no breath is lost. To walk with Allah no strength is lost. To wait for Allah no time is lost. Always trust in Allah, you won’t get lost!”

Archive for February, 2009


Nasihat Buat Pemimpin-pemimpin Politik Tanahair - oleh Sdr.Muktar Suhaili

Petikan diambil dari blog www.muhtarsuhaili.com

 

  

As-Sarawaki, 25 Safar 1430H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin atas segala-galanya. Cacamarba! Haru-biru! Keliru! Celaru! Mungkin inilah antara sebaik-baik kata bagi menggambarkan senario hodoh dan politik serba mungkin Malaysia hari ini. Saya sesungguhnya berminat dengan politik dan percaya betapa “politik itu baik, akan tetapi ramai ahli politik yang kurang baik.” Ramai yang berpolitik secara jujur, namun tidak kurang juga yang mengamalkan politik kemunafikan. Saya sentiasa berpolitik (dalam maknanya yang luas dan luwes) meskipun secara zahir tidak di atas pentas parti politik. Sebagai rakyat yang baik di dalam sebuah negara demokrasi berperlembagaan, saya pastinya mempunyai pendirian politik tertentu tetapi buat masa ini saya lebih berminat menumpukan pada usaha dakwah berbanding menekuni silat siasah secara langsung. Apa yang pasti, saya mengimpikan sebuah negara yang aman makmur “baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur”! 

 

[Definisi Politik: Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkahlaku politik juga boleh didapati di bidang korporat, akademik, agama dan institusi lain. Politik adalah seni dan ilmu untuk meraih kekuasaan, di samping turut boleh dilihat dari sudut pandang yang berbeza antaranya:

  • politik adalah usaha yang ditempuh oleh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama
  • politik adalah hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan pemerintahan dan negara
  • politik merupakan kegiatan yang diarahkan untuk mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan di dalam masyarakat
  • politik adalah segala sesuatu tentang proses perumusan dan pelaksanaan kebijakan publik.]

 

Nasihat Buat Pemimpin-pemimpin Politik Tanahair

 

Setelah kali terakhir membacanya pada tahun 2005, saya mengulangbaca Kitab La Tahzan (Jangan Bersedih) karya Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. Saya kembali membacanya demi mencari penenang jiwa dalam kekacau-bilauan politik Malaysia hari ini selain mendapatkan aura motivasi dalam mendidik jiwa yang kadangnya diserang virus luntur semangat. Alhamdulillah, sungguh banyak mutiara hikmah yang saya perolehi dan saya tuliskan sebahagiannya melalui entri ini dengan tajuk “Nasihat Buat Pemimpin-pemimpin Politik Tanahair”.

 

Atas segalanya, nasihat utama yang menggetarkan jiwa saya dan sewajarnya menjadi muhasabah seluruh politikus ialah “Jangan  Bercita-cita Menjadi Terkenal Kerana Akibatnya Adalah Kesusahan, Kesedihan dan Kegelisahan“!

 

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam:

“Barangsiapa beramal kerana riya’ (ingin amalnya dilihat manusia), Allah pun akan memperlihatkan amalnya kepada manusia (dan hanya itulah balasannya), Barangsiapa beramal kerana sum’ah (ingin amalnya didengar manusia), Allah pun akan memperdengarkannya kepada manusia (dan hanya itulah balasannya). (Al-Hadith).

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“… dan mereka suka supaya dipuji dengan amal yang mereka sendiri tidak mengerjakannya …” (Ali ‘Imran: 188).

Baca juga: Ya Rasulullah SAW; Engkau Insan Tawaadhuk (تواضع)

Berikut dikongsikan nasihat-nasihat penuh makna buat renungan pemimpin-pemimpin politik di tanahair tercinta (termasuk diri saya - kerana tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang). Nasihat-nasihat ini dinukilkan berdasarkan isu-isu utama yang sedang mewarnai politik Malaysia. Semoga ada kebaikan dan manfaatnya, mudah-mudahan.

 

1. Janganlah Bersedih, Kerana Sesungguhnya Masa Itu Bersilih Ganti

 

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam:

“Semua hak (kelak pada Hari Kiamat) pasti akan ditunaikan kepada yang berhak menerimanya, sehingga kambing yang tidak bertanduk pun dapat menuntut balas (perlakuan kejam) kambing yang bertanduk!”

2. Janganlah Bersedih, Kerana Kesedihan Anda Membuat Musuh Gembira

 

Dalam sebuah hadith, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah berdo’a:

“Ya Allah, jangan Engkau membuat musuh dan orang yang dengki kepadaku senang dengan kesusahanku.”

 

Dalam hadith yang lain disebutkan pula:

 

“Kami berlindung kepadaMu dari ejekan musuh yang senang dengan kesusahan kami.”

Baca juga: Ya Rasulullah SAW; Engkau Insan Zuhud!!!

 

 

3. Janganlah Bersedih, Jauhi Balas Dendam Kerana Ia Racun Mematikan

 

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci kepada kalian. Katakanlah (kepada mereka): “Matilah kalian kerana kemarahan kalian itu …” (Surah Ali ‘Imran: 119)

Baca juga: Ya Rasulullah SAW; Engkau Bersikap Pemaaf Terhadap Orang Lain

 

 

4. Janganlah Bersedih, Kerana Masih Ada Kehidupan Lain (Akhirat)

 

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Dan tiadalah kehidupan di dunia ini selain main-main dan senda gurau. Dan sungguh kampung Akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu memahaminya?” (Surah Al-An’am: 32)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

“Apa perluku dengan dunia? Perumpamaanku dengan dunia hanyalah ibarat musafir yang tidur siang sejenak di bawah naungan sebatang pohon, kemudian berangkat di petang hari dan meninggalkannya.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi)

 

5. Janganlah Bersedih, Cukuplah Allah Sebagai Penjamin

 

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“… oleh kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang Mu’min bertawakkal.” (Ali ‘Imran: 122)

 

“… dan hanya kepada Allah lah hendaknya kalian bertawakkal jika kalian benar-benar orang beriman.” (Al-Ma’idah: 23)

 

Nasihat Bonus: La Taqrabuz Zina (Jangan Dekati Zina)

 

Firman Allah Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Dan mereka yang memelihara kehormatannya.” (Al-Mu’minun: 5)

 

“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

(Surah Al-Isra’: 32)

 

A Simple Story With A Loud Message…

(Taken from a forwarded email in YahooGroups)

 

A young couple moves into a new neighbourhood.

The next morning while they are eating breakfast,

the young woman sees her neighbour hanging the wash outside.

 

“That laundry is not very clean”, she said.

“She doesn’t know how to wash correctly.

Perhaps  she needs better laundry soap”

 

Her husband looked on, but remained silent.

Every time her neighbour would hang her wash to dry,

the young woman would make the same comments.

 

About one month later, the woman was surprised to see

a nice clean wash on the line and said to her husband:

 

“Look, she has learned how to wash correctly.

I wonder who taught her this?”

 

The husband said,

“I got up early this morning and cleaned our windows.”

 

And so it is with life. What we see when watching others….

depends on the purity of the window through which we look.

 

(I have decided to clean my windows… I suggest that you do too).

 

Nota Penutup: Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bahawa akan sampai satu masa manusia akan lihat yang ma’ruf itu munkar dan yang munkar itu ma’ruf dan lebih teruk lagi orang yang amar ma’ruf nahi munkar dihina dan orang amar munkar nahi ma’ruf dibela dan disanjung-sanjung. Mungkinkah inilah masanya? Na’udzubillahi min dzalik!

 

Wallahu a’lam bissawab.

 

MENGAPA YAHUDI BIJAK???

Go to fullsize image

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Ho llywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak“. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

 Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Go to fullsize image
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok di luar rumamerokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam h mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah MEREKA SENDIRI..tapi..fikirlah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan.
Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

 Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.
Maka itu lahirlah Starbuck, Estee Lauder, Garnier, McDonalds, Baskin Robin (aiskrim untuk kem tentera Amerika di Iraq) Dell computer, CocaCola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama (carilah sendiri) di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

 

Hasil kajian
-Dr. Stephen Carr Leon
P/s:
Sama-sama la kita fikirkan sendiri! Dan kepada bakal2 ibu, mungkin anda sendiri boleh mencuba rahsia wanita2 Yahudi ini. Hm, manalah tahu anda dapat merasai kesannya satu hari nanti..Tak rugi pun kan kalo mencubanya=)? Saya pon nak cuba jugak nih..hehehe (^_^)